Thursday, December 26, 2013

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA bagi kanak-kanak


Hari ni nak berkongsi tentang kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak .Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.


Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 
Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.

Kesimpulanya, untuk perkembangan kanak-kanak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Antara makanan yang kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang. Selain itu,  masalah kekurangan Omega 3 dalam diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA.

note: 
pengalaman saya sendiri dengan omega guard Shaklee ngan anak-anak saya.. kalau diaorg kurang je selera makan saya akan picitkan satu kapsul dalam susu mereka.. Alhamdulliah.. menjadi.. saya bagi mereka seminggu 3 kali.. daya tahan pun meningkat kurang da demam2 ni..



Wednesday, December 25, 2013

Blog bersawang..

Bersawang sudah blog ni... lama betul tak updated... gara2 g family day en suami kat Penang... melarat dengan kesihatan anak2 yang tak begitu sihat yang memerlukan tumpuan lebih... jadi update blog tak dan nak buat...
ari ni baru kesampaian nak tengok2... ni pun sebab cuti sebab si kecik.. kena chicken pox.. jangkit dari kakak dia..
Kalau difikirkan semula semuanya ada hikmah... anak2 tak sihat ni sebenarnya menguji kita sebagai seorang ibu... menambah pengalaman hidup.. yelah dalam masa yang sama tahu macam mane nak uruskan anak yang kena ulser... anak kena chicken pox... nanti saya share ye...
Inilah dia ... sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah...

Wallahu A'lam...