Dalam apa-apa perkara yang kita buat.. Niat yang paling penting.. dalam hal penyusuan ibu ni.. niat kita yang pertama mestilah kerana Allah Taala... kerana ia ada di dalam Al-Quran yang menyuruh susukan anak:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu
bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
Niatkan juga supaya anak kita menjadi anak yang soleh atau solehah.. Niatkan juga agar kita dapat menyusukan anak kita sehingga 2 tahun.
Yang kedua.. semangat kuat.. diawal-awal penyususan memang banyak dugaan nak2 kalau menyusukan anak sulong... yela dengan keadaan kita yang baru pertama kali bersalin... merasai luka bersalin kalau bersalin normal.. kalau tiada semangat yang kuat memang mudah patah hati... ditambah pula dengan persekitaran kita yang tak menggalakan susu ibu... yela ada sesetengah mak2 kita ni.. awal2 lagi da nak ajar susu formula.. bagi makan la... kat sini lah semangat kita kena kuat... berdoa la minta dengan Allah kekuatan untuk menghadapinya...
Yang ketiga... ilmu... setiap perkara yang kita buat perlu ada ilmu... mommies yang belum bersalin tu digalakkan cari ilmu pengetahuan... dari pembacaan, diskusi, bengkel2 yang diadakan... cara penyusuan yang betul... cara simpan perahan susu...
Yang keempat... kesedaran.. kesedaran tentang kelebihan susu ibu... kelebihan bukan tuk anak je malah untuk si ibu juga... perkara ini ramai ibu2 terlepas pandang.. mereka tak sedar kebaikan susu ibu.. mereka lebih percaya iklan2 susu formula.. yang kononnya memberikan khasiat....
Walau apa-apa pun.. persediaan awal penting set minda kita nak susukan anak kita... bukan susu formula... dapat membantu proses penyusuan... ingatlah tiada perkara yang mudah di dalam dunia ni... Saya doakan ibu-ibu baru agar dapat menyusukan anak mereka dan ibu yang da menyusukan ni teruskan tuk anak seterusnya... amin..
Saturday, June 29, 2013
Persediaan Untuk Menyusukan Anak
Kenapa Susu Ibu Pilihan Terbaik?
Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.
Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.
Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.
Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.
Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.
Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.
Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.
Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda
sumber babycenter.com.my
Thursday, June 20, 2013
Anemia atau hemoglobin (hb) rendah
RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering
berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas
pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan
perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu
adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi
seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan
yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat
tidak mendapat zat besi secukupnya.
Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami
masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada
yang disangka.
Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal,
tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan
bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.
LESU...kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr
Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan
zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah
kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada
bayi yang dikandungnya.
Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang
cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses
mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas
melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.
“Zat besi
adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke
seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
“Oleh itu,
wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri
ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan
darah mereka.
“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada
normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis
anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.
Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang
tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan
ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih
banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan
juga tumbesaran bayi mereka.
Katanya, dianggarkan wanita
memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu
pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan
zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan
terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang
berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.
Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.
Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.
Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.
Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.
Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.
Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.
Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.
“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.
Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.
Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.
Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.
Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.
“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.
Memahami anemia dan kehamilan
Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.
Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan
Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.
Pengesanan
Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.
Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Dari Metro disiarkan pada : 2012/05/06
Set Kehamilan
Masa hamil ni lah.. nak kena jaga... badan kena sihat... supaya baby dalam perut pun sihat....makan pun nak kena jaga... makan makanan yg seimbang... satu lagi dari pengalaman sendiri.. jgn amik kafien berlebihan mcm kopi, teh, nes... boleh sebabkan hb turun sebab tu pun dari pengalaman sendiri... tak elok tuk bayi kalau rendah sangat...
Shaklee juga ada vitamin tuk mereka yang sedang hamil... Ini set hamil yang asas...
Vitalea - Multivitamin
yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel
darah merah yang membawa oksigen keseluruh badan... Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tidak perlu mengambil obimin lagi (yang diberikan oleh klinik kesihatan)
B-complex - Mengandungi
sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan
B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah
asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan
tiub neural.
Vitamin C - Membantu
meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang,
gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat
disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
Jangan segan untuk hubungi saya untuk dapat tips dan harga yang menarik: hubungi Jana 012-6349775 @ Jana.Lan81@gmail.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, June 13, 2013
Membina sifat keberanian di dalam diri anak-anak
Tentu kita risau kalau anak kita tak bergaul... menyendiri... dan tak berkeyakinan.. bagi saya keyakinan itu perlu sebab di situla orang akan lihat dan mudah untuk diberikan tanggungjawab... di kalangan kanak-kanak pula.. mereka yang berkeyakinan ni mudah berjaya... mudah untuk jadi ketua... dan sebagainya... kat sini ade artikel tentang perkara ini yang boleh dikongsikan bersama..
oleh: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Anak-anak yang berjaya di sekolah sama ada dalam pelajaran atau ko kurikulum adalah mereka yang ada keberanian.
Berani mencapai kecemerlangan, bercakap di depan orang ramai, bergaul, bertanya apabila tidak faham, menjadi ketua, memegang jawatan, mewakili kelas atau sekolah.
Apabila anak-anak menunjukkan keberanian, mereka akan diberikan
pelbagai peluang. Mereka yang aktif di alam persekolahan adalah kerana
mereka berani untuk membabitkan diri dalam kelas serta program sekolah.
Keberanian membolehkan mereka mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Ini membantu anak-anak di alam dewasa nanti.
Bayangkanlah, ketika anak orang lain boleh berdikari, anak kita hendak bertanya sesuatu pada cikgu pun masih minta orang lain temankan.
Ketika anak orang lain berani ikuti program perkemahan, anak kita enggan turut serta sebab tiada kawan.
Sebab itulah anak-anak perlu ditanam dengan sifat berani pada usia muda. Berani bukanlah sesuatu yang hadir ketika lahir sebaliknya bergantung kepada cara ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak.
Kita tidak mahu anak-anak berani tidak bertempat lalu dia melawan dan biadap dengan guru, merempit dan menyertai lumba haram, mencuri atau bergaduh.
Berikut adalah beberapa tip boleh dilakukan ibu bapa bagi menjadikan anak-anak seorang yang berani:
1. Usah cepat membantu anak dalam pelbagai perkara. Setiap ibu bapa sayangkan anak-anaknya tetapi usah jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat membantu mereka.
Bukanlah salah membantu anak-anak tetapi ada ketikanya anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan.
Daripada kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga.
Biasanya ibu bapa akan terus dukung anaknya dan bawa naik ke tingkat atas sebab takut anak jatuh. Ibu bapa yang prihatin sebaliknya akan mengawasi dan membiarkan anak-anaknya menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Dari situ anak itu belajar.
2. Biarkan anak dimarahi guru apabila mereka melakukan kesalahan.
Ada ibu bapa yang sanggup menghantar buku latihan anaknya semula ke sekolah kerana bimbang anaknya dimarahi guru atau didenda.
Mungkin jika itu kesalahannya yang pertama, kita hulurkan bantuan dengan menghantar buku itu ke sekolah tetapi bagaimana jika masalah yang sama dilakukan si anak? Bermakna anak kita membentuk satu tabiat tidak bertanggung jawab.
Oleh itu, biarkan anak dimarahi dan didenda gurunya. Dari situ, dia belajar dan menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risiko. Ibu bapa usah campur tangan.
3. Berikan anak-anak peluang bergaul. Dunia internet hari ini meluaskan pergaulan anak-anak. Mereka boleh kenal sesiapa melalui laman sembang, facebook dan twitter.
Namun, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang daripada keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asalkan kita tahu siapa rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya.
Pada masa sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terbabit
dengan aktiviti tidak sihat.
4. Dedah anak-anak dengan aktiviti lasak.
Aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak.
Bayangkan di barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan.
Tetapi, apabila selesai mencuba, pastilah keberanian diri meningkat. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilakukan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.
Jadikanlah anak kita seorang yang lasak dan berani kerana ia penting dalam pembentukan jati diri mereka.
5. Bawa anak ke majlis orang dewasa.
Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa daripada usianya.
Berikan dia ruang bertanya dan bercerita.
Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti.
Ada ibu bapa yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa membawa anak-anak ke majlis orang tua sebagai kurang adab.
Kita tengoklah apa bentuk majlisnya itu. Memang ada yang tidak sesuai di bawa anak. Tetapi jika majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri atau perkahwinan, bawalah mereka.
6. Latih anak mengambil risiko.
Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Ini bukan bermakna mereka melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli.
Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko.
Memanjat pokok itu kerja berisiko tetapi jika bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan, itu kerja berbahaya.
Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu kerja berisiko tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.
7. Bercakap secara positif.
Bagi menanamkan keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya.
Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan belajar sesuatu dari pengalaman itu.
Sifat terbuka ibu bapa penting bagi menjadikan anak-anaknya seorang yang berani mencuba dan bertindak.
Sebenarnya, sifat berani itu boleh dididik.

Thursday, June 6, 2013
Set Kesuburan
Baru-baru ni dapat order dari member untuk set kesuburan... Bagi saya ia bukan la ubat yang memberi jaminan untuk kehamilan... tapi sebagai usaha kita membetulkan keadaan badan kita yela.. kalau sebelum ni period kita tak ok.. dengan makan salah satu vitamin ni mungkin boleh aturkan period... kalau bagi orang lelaki tu mungkin sperma nya yang tak kuat dengan salah satu vitamin ni boleh bertahan lama...
Dalam set kesuburan ni terdapat 5 jenis vitamin... Suami isteri kena makan baru memberikan hasil...
Untuk Si Isteri perlu ambil :
B-Complex-
membantu pembentukkan sel darah merah yang sihat dan antibodi dan penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
GLA Complex -
Kedua-dua suami isteri perlu ambil :
Vita E Complex
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Dalam set kesuburan ni terdapat 5 jenis vitamin... Suami isteri kena makan baru memberikan hasil...
Untuk Si Isteri perlu ambil :
B-Complex-
membantu pembentukkan sel darah merah yang sihat dan antibodi dan penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
GLA Complex -
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi
masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan
cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai
"Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks
jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu
sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).
Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup
lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan
membantu proses persenyawaan
Alfalfa Complex-
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang
rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan,
masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau
tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu
dalam hubungan suami isteri, ada juga
sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
Kedua-dua suami isteri perlu ambil :
Vita E Complex
Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma
dan ovum. Untuk menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil
vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee,
untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Zinc Complex
Mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, meninggikan kiraan sperma dan meningkatkan keupayaan seks yang bertenaga bagi lelaki. manakala bagi perempuan pula zinc diperlukan untuk ovulasi.
Akhir kata, kita hanya mampu berusaha yang menentukan Allah jua.. usaha perlu disertai dengan doa dan tawakal mohon kepada Nya... Inn sha Allah...
Berminta boleh hubungi Jana 012-6349775 @ email Jana.Lan81@gmail.com untuk tips dan harga yang menarik..
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)