Saturday, January 31, 2015

Set Sendi Shaklee

Sakit Sendi 
 
Pengenalan
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan
Rawatan
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.
  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
  • Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
  • Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
  • Bijak menangani tekanan
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
  • Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
  • Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
  • Berjumpa doktor segera setelah cedera
  • Sakit yang menghalang anda dari bekerja
  • Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
  • Penurunan berat badan yang serius
  • Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
  • Penglihatan yang kabur
  • Sakit perut atau cirit
  • Sendi yang bengkak dan merah
  • Menghidap HIV atau kanser
Pencegahan
  • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
  • Tidur di atas tilam yang keras
  • Elakkan mengangkat barang berat
  • Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  • Pengurangan berat badan boleh membantu
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
  • Menangani tekanan.
sumber:myhealth

Shaklee juga ada set untuk sendi ni.. lagi mudah dan terbukti berkesan..



 Kalau nak cuba atau nak tau lebih lanjut set ni.. jangan malu2 nak hubungi saya ye..








Thursday, January 22, 2015

Keperluan Vitamin@ Suplemen Untuk Ibu Hamil

Makan makanan yang sihat adalah sentiasa idea yang bijak - terutamanya semasa mengandung. Ia adalah idea yang baik semasa mengandung mengambil vitamin pranatal untuk membantu melindungi apa-apa kekeurangan nutrisi pemakanan dalam diet ibu. Antaranya vitamin yang paling diperlukan adalah asid folik, besi dan kalsium semasa hamil.

Asid folik membantu mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang. Makanan yang mengandungi asid folik termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, buah-buahan sitrus, dan banyak makanan yang diperkayakan. Walaupun begitu, ia adalah satu idea yang baik untuk mengambil makanan tambahan dengan jumlah yang betul asid folik, sebagai alternatif. Nak senang ambil B-Complex Shaklee.. lengkap dengan asid folik dan kandungan vitamin B yang lengkap. Sebaiknya ambil sebelum hamil.. dan pengambilan B-complex ni sebenarnya memberikan ketengan kepada kita.. yela semasa hamil emosi tak berapa stabil rasa nak marah.. rasa nak nangis.. jadi dengan pengambilan vitamin B secara konsisten boleh menenangkan.. saya da rasa da...

Selain dari asid folik, Kalsium juga penting bagi wanita hamil. Ia boleh membantu menghalang ibu daripada kehilangan kepadatan tulang sendiri, di mana pada masa ini bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang sendiri. Ini merupakan satu fakta yang saya setuju.. sebab da 3 kali hamil ni memang saya rasa sangat gigi goyang.. sakit pinggang.. susu hamil tu minum jugak tapi malas betul nak bancuh.. kalau en suami tolong bancuh barulah minum... tu pun tak pernah abis... Jadi nak mudah saya amik Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur... Alhamdulillah... tidur nyenyak... sakit pinggan kurang yang best tak de lagi kekejangan...

Dan zat yang paling penting bagi ibu hamil  adalah iron. Iron membantu mengaliran darah bagi kedua-dua ibu dan bayi, di mana pengaliran darah yang baik juga perlu bagi membawa oksigen kepada bayi. Ha ni sangat penting... saya pernah mengalami hB rendah semasa pregnant yang ke 3.. risau jugak.. Klinik ade bagi ubat tambah darah tu, misi suruh makan yang banyak zat besi seperti kerang, hati ayam dll... tapi tak naik gak.. Tapi bila da try set hamil ni.. di mana zat besi ni boleh dapat dari Vita-Lea Shaklee sebab multivitamin ni diformulasi dengan zat besi.. Alhamdulillah.. Hb saya naik baik..

Jadi saya sangat-sangat cadangkan pengambilan Set Hamil Shaklee ni kepada ibu-ibu baru dan ibu-ibu yang bekerjaya.. sebab ibu yang bekerja memerlukan tenaga lebih...

Sumber:http://www.webmd.com/baby/guide/prenatal-vitamins






012-6349775
SID: 908676

Wednesday, January 21, 2015

5 perkara saya tak suka tentang Shaklee

Hari ni saya nak berkongsi perkara yang saya tak suka pasal Shaklee ni..

1. Takde duta produk
Memang duta ni pun main peranan.. kalau kita tengok produk2 baru ni.. duta dia artis yang memang da lawa.. tak pun model2 yang muka da cantik da bersih mesti berebut  orang nak beli.. tapi shaklee tak de pun.. sebab tak perlu pun.. org yang bijak mesti la pilih sebab produk bukan dutanya.. lagipun produk shaklee ni memang yang terbaik tak perlu pun umpan dari yang lain.. tambahan pula produk shaklee ni da lebih 50 tahun.. 

2. Lambat kesannya...
Semua orang kalau makan ubat.. makan suplemen.. mesti nak kesan serta merta..tapi mesti ingat Shaklee bukan ubat.. ia adalah suplemen yang mencukupkan nutrisi badan kita.. kalau badan tak cukup nutrisi tu yang mudah dapat penyakit... ha satu lagi nak makan suplemen pun ade caranya.. kena konsisten.. kena detox dulu barulah penyerapan zat berjalan dengan baik.. kalau cepat sangat pun takut tak tahan lama.. tu yang bila kita berhenti makan satu2 produk tu makin teruk pulak badan kita..

3. Mahal sangat
Eh da tentulah.. barang baik memang la mahal.. macam kereta gak.. Ferrari ngan Myvi..  harga da tentu beza.. kepuasan pun berbeza.. pilihan ditangan kita kalau kita nak sesuatu yang telah dijamin dan berkesan memang kita tak kan berkira dengan harga.. tapi bagi saya produk shaklee berpatutan sebab satu botol boleh makan sampai 2 3 bulan...

4. Tak kaya pun..
Huhuhu.. sangat subjektif.. sebab ia bergantung kepada usaha kita... kalau usaha yang banyak da tentulah hasilnye lumayan.. tapi ade gak MLM yang tak perlu usaha tapi duit boleh masuk berkepuk2.. itu tepuk dada tanya hati.. memang da hukum alam siapa buat lebih dapat lebih.. tapi kalau tak buat ape2 dapat lebih tu... mesti ade something wrong... bagi saya Shaklee adalah MLM yang terbaik.. sebab takde paksa nak beli barang.. tak paksa cari downline.. tapi kalau nak berjaya kena berkembang la.. apa yang penting pilihan ditangan sendiri...

5. Kena amik tahu pasal nutrisi
Ha.. part ni ramai orang tak suka nak ambil tahu... mereka tahu bila makan jadi sihat.. jadi cantik.. tu silap.. sebenarnya kita kena tahu apa yang masuk dalam badan kita.. sebab tu kena pergi kelas nutrisi.. baru kita tahu apa yang perlu untuk badan kita.. kalau boleh jangan ape yang kita makan ade kesan sampingan.. mungkin kita sihat.. kuat sekarang tapi hujung usia kita gak yang tanggung derita.. 

Ini merupakan pengalaman saya dengan Shaklee sejak hampir 3 tahun.. bermula dengan nak tambah susu masa anak no2.. lepas tu hb rendah masa pregnant no3.. teruskan pulak set bersalin.. set menyusu lagi... sampai la sekarang untuk saya sihat.. dan seisi keluarga pun nak sihat... apa pun usaha kita jangan lupa tawakal kepada Allah, sesungguhnya Dia jualah yang menetukannnya...
Saya da buat pilihan yang bijak untuk keluarga saya.. dan syukur Alhamdulillah.. saya terima ketentuannya..

Anda bila lagi? Ingat pilihan ditangan sendiri..






SID: 908676
012-6349775