Friday, October 25, 2013

Omega Guard




Kelebihan Shaklee Omega Guard - minyak Ikan Terbaik di Dunia

1. Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
2. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
3. Berbanding dengan produk minyak ikan lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
4. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
5. Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang mebahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultatulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.
6. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.)


MANFAAT UTAMA

1. ASID LEMAK
Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada muncul andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

2.  MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan sakit jantung.

3. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. ia penting terutamanya pada 3   bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu  mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah  penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

4. MENINGKATKAN SISTEM  IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5. MENENTANG KANSER
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7. MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.


Cara Pengambilan
1 hingga 3 biji sehari. Harga sebotol RM136.00   kandungan 90biji.

Untuk mencuba atau mendapatkan lebih tips boleh hubungi Jana 012-6349775 @ Jana.Lan81@gmail.com


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday, October 23, 2013

Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highland melimpah

Kali ni entry memang lari dari skop blog saya.. tapi saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan kejadian ini... Sebenarnya bulan julai yang lalu, saya ade menghadiri bengkel SOP untuk bencana yang berlaku di empangan ini di Cameron Highlands...semasa lawatan saya ke empangan ini, memang menjadi kerisauan TNB(selaku empunya empangan ini) sekiranya berlaku bencana banyak akan melibatkan nyawa.. ini kerana sungai Rienglat yang sepatutnya menjadi laluan air apabila adenya pelepasan air kini menjadi parit kerana pembangunan yang tidak dikawal..

Dan perkara itu benar2 terjadi.. sila rujuk sini sumber themalaysiainsider sila lihat sini.
Dan itu hanya pelepas air yang disebabkan paras air empangan melimpah... bagaimana pula kalau empangan itu pecah... itu la.. hakikatnya.. selagi kita selesa dengan keadaan yang tidak lagi berlaku.. kita tidak langsung nak ambil tahu.. lepas ni mula lah semua orang menyalahkan pihak kerajaan temapatan tapi sedangkan salah mereka sendiri penduduk yang membina rumah... kebun di atas rezab sungai...

Renung-renungkan....



Tuesday, October 22, 2013

Panduan Kesihatan: Jerebu

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Saturday, October 19, 2013

Sakit kepala @ migrain

Korang mesti pernah sakit kepala yang amat sangat.. sampai tak ble nak buka mata kan.. ubatnye tido baru ok.. saya dulu dari zaman sekolah selalu sakit kepala.. tak ble panas sangat... kurang minum air.. balik sekolah je.. mesti sakit kepala ubatnye... telan panadol lepas tu tido baru ok...

masa tu tak pikir sangat pasal ni.. yelah da biasa da.. kalau g klinik pun dia bagi ubat tahan sakit tak pun ponstan.. masa pun berlalu... bila da kahwin pun... hubby da biasa da... kalau cakap sakit kepala dia suruh telan panadol dan bagi can tido... alhamdulliah hubby faham...

nak jadikan cerita.. pregnant kali kedua... semakin kerap saya sakit kepala... selalu sangat mc...  nak makan panadol orang tua tak bagi.. tak elok tuk baby... tapi kadang2 makan gak ye la.. da tak tahan da...

suatu hari saya gi klinik kat taman medan... best doktor tu... kira doktor family kami la... masa kami duk taman medan dulu... pergi ni pun bukan kali pertama da dua tiga kali gak... so masa check tu.. check tekanan darah.. saya bagitau la saya pregnant... dia tak bagi ubat pun.. apa yang dia bagi adalah suplemen kalsium.. brand apa pun saya tak ingat...

dengan izin Allah sejak tu saya tak kena sakit kepala lagi... Alhamdulliah.. syukur sangat... sampai abis pil tu saya makan.. sebenarnya susah gak nak makan vitamin secara konsisten... tapi bukan nak cakap besar la.. ada gak saya buat ujikaji... skip makan 2 3 hari... memang kena gak sakit kepala... sejak tu saya tak skip makan da..

sejak berjinak-jinak dengan Shaklee saya pun cuba Ostematrix... Alhamdulliah... memang best... tak de lagi sakit kepala lagi da... sebenarnya banyak lagi khasiat Ostematrix..ia tak macam pil kalsium lain...

so nasihat saya kat kawan2... yang selalu alami sakit kepala atau migrain.. ble cuba Ostematrix ni.. nak cuba boleh hubungi saya Jana 012-6349775.. atau emel saya Jana.Lan81@gmail.com..




Friday, October 18, 2013

Info tentang Kesuburan

MASALAH KETIDAKSUBURAN
Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.

Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi  jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.



PUNCA  MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI WANITA

ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain  cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).

Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia  akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan boleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.
Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh  sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan  berenang  ke  ovum wanita untuk tujuan persenyawaan. Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat  jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal. Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

FIBROID
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser

SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).


PUNCA  MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI WANITA

KEKURANGAN SPERMA
Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani. Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah benguk (mumps). Selain itu, saluran air mani yang mengalir daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani.


CARA MENGATASI
Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh. Boleh cuba Set Kesuburan Shaklee..
Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.
Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.






Wednesday, October 16, 2013

Khasiat Ikan aka Asid Lemak Omega-3



Ikan bagi sesetengah orang memang menjadi kegemaran ramai. Namun ada juga yang tidak suka memakannya. Ikan juga adalah makanan sumber penting membekalkan asid lemak omega-3.

Ikan baik untuk tambahan diet kerana kaya dengan vitamin, mineral dan keperluan khasiat yang diperlukan oleh manusia untuk sihat dan cerdas.


Berikut ini adalah beberapa khasiat yang dapat diperolehi dengan memakan ikan.

1. Kesihatan kardiovaskular

Asid lemak omega-3 yang ada dalam ikan telah terbukti memberi kebaikan kepada jantung, arteri, dan vena yang membentuk sistem kardiovaskular anda.

2. Menurunkan tekanan darah

Minyak ikan sangat berguna untuk menurunkan tekanan darah, tetapi peranannya dalam pencegahan belum terbukti.

3. Menurunkan berat badan

Menurut kajian yang dilakukan di University of Georgia, minyak ikan dengan DHA membantu menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak sehingga mengurangkan pengumpulan lemak secara keseluruhan.

4. Mengurangkan risiko kanser

Omega-3 dalam ikan telah terbukti membantu mencegah tiga jenis kanser utama, iaitu kanser payu dara, usus, dan prostat.

5. Meningkatkan fungsi otak

Asid lemak omega-3 pada ikan dapat membantu perkembangan otak anda. Pengambilan omega-3 yang tepat dapat membantu meningkatkan fokus mental kepada anak-anak dan orang dewasa.

7. Menyihatkan mata

Pengambilan ikan sangat baik kerana mempunyai kemampuan dalam memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bagian tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering.

8. Kecantikan kulit

Sesiapa yang banyak makan ikan akan memiliki kulit cantik. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak omega-3 EPA yang terdapat dalam minyak ikan  membantu melambatkan proses penuaan kulit.

sumber: Pa&Ma 

Banyak betul khasiat ikan rupanya.. lepas ni bolehlah lebihkan diet dengan pengambilan ikan... tapi nak mudah senang je.. ble ambil sebiji Omega Guard Shaklee sehari.. yang mempunyai kadungan omega-3  mencukupi bagi keperluan harian kita..

Nak cuba boleh hubungi Jana 012-6349775 @ Jana.Lan81@gmail.com


Tips Penyususan Ibu Bekerjaya Berjaya



Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama enam bulan oleh para ibu bekerjaya banyak bergantung kepada beberapa faktor sampingan. Berikut faktor-faktor itu atas bantuan kaunselor laktasi, Aishah Mariam.

1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.
Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.
Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.
Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.
Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di dengannya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.
Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.
  
5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.


6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di atara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut keperluannya.

#susu ibu

sumber: Pa&Ma


Thursday, October 3, 2013

Pengalaman anak masuk wad..

Sesiapa pun tak nak lihat anak dia sakit... tapi tu semua luar kawalan kita.. semua telah ditentukan Allah. . Kita sebagai manusia ni.. perlu menerimanya dengan hati terbuka.. dan perlu berusaha, redha dan tawakal.. dengan ikhtiar yang sepatutnya..

Baru-baru ni.. anak-anak saya.. semua tak sihat.. bergilir2 demam, batuk, , selsema... dekat sebulan jugak la... sampai si adik masuk wad akhirnya... ade juga dengar org berbisik makan vitamin banyak2 pun sakit jugak ke.. saya redha.. sebab saya rasa ni ujian dr Allah.. nak uji kita supaya sentiasa ingat bahawa Allah yang berkuasa... semua datang darinya.. sebab tu juga kita kena mintak dariNya.. penawarnya... kita perlu berusaha yg tentukan Allah juga....

Alhamdulillah. .. saya lalui saat-saat ni dengan hati terbuka. .. mengingatkan diri sendiri ini semua Allah yang punya....

Bahaya Pneumonia di kalangan Bayi

Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk. Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

RawatanKanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah

1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.

2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.

3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.

4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.

5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Sumber: majalah pa&ma