Wednesday, October 16, 2013

Khasiat Ikan aka Asid Lemak Omega-3



Ikan bagi sesetengah orang memang menjadi kegemaran ramai. Namun ada juga yang tidak suka memakannya. Ikan juga adalah makanan sumber penting membekalkan asid lemak omega-3.

Ikan baik untuk tambahan diet kerana kaya dengan vitamin, mineral dan keperluan khasiat yang diperlukan oleh manusia untuk sihat dan cerdas.


Berikut ini adalah beberapa khasiat yang dapat diperolehi dengan memakan ikan.

1. Kesihatan kardiovaskular

Asid lemak omega-3 yang ada dalam ikan telah terbukti memberi kebaikan kepada jantung, arteri, dan vena yang membentuk sistem kardiovaskular anda.

2. Menurunkan tekanan darah

Minyak ikan sangat berguna untuk menurunkan tekanan darah, tetapi peranannya dalam pencegahan belum terbukti.

3. Menurunkan berat badan

Menurut kajian yang dilakukan di University of Georgia, minyak ikan dengan DHA membantu menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak sehingga mengurangkan pengumpulan lemak secara keseluruhan.

4. Mengurangkan risiko kanser

Omega-3 dalam ikan telah terbukti membantu mencegah tiga jenis kanser utama, iaitu kanser payu dara, usus, dan prostat.

5. Meningkatkan fungsi otak

Asid lemak omega-3 pada ikan dapat membantu perkembangan otak anda. Pengambilan omega-3 yang tepat dapat membantu meningkatkan fokus mental kepada anak-anak dan orang dewasa.

7. Menyihatkan mata

Pengambilan ikan sangat baik kerana mempunyai kemampuan dalam memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bagian tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering.

8. Kecantikan kulit

Sesiapa yang banyak makan ikan akan memiliki kulit cantik. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak omega-3 EPA yang terdapat dalam minyak ikan  membantu melambatkan proses penuaan kulit.

sumber: Pa&Ma 

Banyak betul khasiat ikan rupanya.. lepas ni bolehlah lebihkan diet dengan pengambilan ikan... tapi nak mudah senang je.. ble ambil sebiji Omega Guard Shaklee sehari.. yang mempunyai kadungan omega-3  mencukupi bagi keperluan harian kita..

Nak cuba boleh hubungi Jana 012-6349775 @ Jana.Lan81@gmail.com


No comments:

Post a Comment