MASALAH KETIDAKSUBURAN
Ketidaksuburan
sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau
kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel
telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan.
Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke
saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.
Manakala
bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada
pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma
mungkin berlaku , tetapi jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk
ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.
PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI WANITA
ENDOMETRIOSIS
Tisu
yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain cntohnya di
luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar
rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan
dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan
janin(kalau berlaku persenyawaan).
Sekiranya tisu ini
tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia akan
mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal),
sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang
bkerosakan boleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.
Endometriosis
juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh
membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan
keguguran.
KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran
Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma
akan berenang ke ovum wanita untuk tujuan persenyawaan. Kerosakan
tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat jangkitan kuman
atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.
HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan
hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang
mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran
haid yang tidak normal. Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
FIBROID
Fibroid
adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia
membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita
seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit
samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh
sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser
SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom
Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi
dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan
terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami
PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira
kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi
bukan penyakit keturunan.
Antara ciri utama PCOS adalah
pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang
tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen
(hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
Antara
tanda-tanda PCOS ialah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea)
dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di
badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran
berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak
menyerupai lelaki (male baldness).
PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI WANITA
KEKURANGAN SPERMA
Jumlah
sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi
bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani. Keadaan
tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca
kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh
jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar
disebabkan masalah benguk (mumps). Selain itu, saluran air mani
yang mengalir daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat.
Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air
mani.
CARA MENGATASI
Tingkatkan
imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi
–nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua
nutrisi yang diperlukan tubuh. Boleh cuba Set Kesuburan Shaklee..
Elakkan makanan rapu – Makanan rapu
mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan
kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan
oleh pyramid makanan.
Amalkan memakan makanan yang segar -
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan
pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman
untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.
No comments:
Post a Comment