Sekarang ni musim denggi.. rasa seriau pun ade.. baru-baru ni.. kakak kepada rakan ofis.. meninggal sebab denggi.. denggi kali pun boleh dikatakan singkat sangat untuk merebak.. yang paling takut ia attack terus kat saraf otak... hari ni saya nak share seikit pasal denggi.. info ni pun dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.. link asal kat
sini ..
Shaklee juga ade suplemen yang membantu menyembuhkan denggi ni.. Antaranya:
Performance Drink – Berfungi untuk mengembalikan dan
menstabilkan kandungan air di dalam badan. performance drink mempunyai
garam yang menstabilkan badan. Performance drink juga memberikan tenaga
kepada pesakit. Performance drink berbeza dengan 100Plus. Biasanya orang
akan mengambil 100plus bila demam denggi. 100Plus tidak mempunya banyak
garam natrium di dalamnya. Di dalam lebihnya banyak kandungan gula.
Nutriferon – Nutriferon berperanan untuk supaya
badan mendapat signal untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk
melawan virus denggi. Tindakan nutriferon adalah berlaku secara
semulajadi. Ia nya adalah amat selamat untuk badan.
Selain itu boleh tambah dengan
ESP sebagai sumber protein untuk tambah tenaga kepada pesakit..
Boleh tengok video ni untuk maklumat lanjut.. Ikhtiar dulu sebelum tawakal.. Inn Sha Allah....
Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...
Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama
kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam
denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca
utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa
oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara
rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus
denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi
menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur
pesakit.
Pemindahan penyakit:
- Virus denggi dipindahkan
kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
- Nyamuk berupaya menyebarkan
penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah
manusia (perumah).
- Nyamuk betina yang
dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi
seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
- Manusia masih merupakan
perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian
menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh
dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
- Virus denggi dari perumah
pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah
kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari
selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah
terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti
membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada
manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit,
virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka
bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan
kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3
dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi
sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus
ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes
Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui
tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang
terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh
kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan
skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko
(kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah
serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal
senja.
3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti
tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam
pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari
membiak.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada
rawatan khusus untuk demam denggi.
- Dalam kes demam denggi
dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai
untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia
dan muntah-muntah.
- Ubat antipiretik mungkin
boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat
(sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan,
antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan
aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia
diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi
bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
- Untuk pesakit-pesakit
sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang
dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair
akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
- Meningkatkan pengambilan
cecair.
- Meningkatkan bekalan
oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera
sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara
intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk
pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin
mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu
dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan
gejala yang timbul.
Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi
tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa
kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu
dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini
dapat dijalankan:
- Kawasan dan persekitaran di
mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh
pihak berkuasa.
- Memantau kawasan yang
menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke
tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
- Apabila pesakit telah
keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil
langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari
berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia
mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.