Tuesday, August 13, 2013

Alahan Hamil @ Mabuk @Morning Sickness..

Mabuk atau alahan hamil merupakan proses normal yang perlu dihadapi semasa hamil..Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Mabuk kehamilan boleh menjejaskan diri dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Mungkin kita tidak memberitahu sesiapa bahawa kita hamil tetapi ia amat sukar untuk merahsiakannya kerana ia tidak dapat disembunyikan. Sebenarnya kita perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan kita untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?

Adalah amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli profesional hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, sebab ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara.

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrien. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.

Cara untuk mengurangkan simpton alahan ini..

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.
  • Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.
  • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  • Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  • Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.

Apakah rawatan perubatan yang boleh didapati?

Bagi kebanyakan wanita, perubatan adalah langkah terakhir selepas semua perkara telah dilakukan dan gagal untuk membantu. Ramai wanita enggan untuk mengambil ubat semasa kehamilan dan anda mungkin tidak mahu menjalankan sebarang rawatan perubatan untuk mabuk kehamilan sebab risau ia akan membahayakan bayi anda.

Tetapi terdapat perubatan yang selamat dan efektif bagi mabuk kehamilan yang boleh digunakan bersama dengan pendekatan tanpa ubatan yang dicadangkan di atas. Anda boleh berhenti mengambil ubat-ubatan ini pada minggu ke-12 hingga 14 kehamilan apabila mabuk kehamilan anda sudah berkurangan.

Terdapat sebab sejarah kenapa anda tidak pernah dengar atau diberikan sebarang ubat, walaupun untuk mabuk kehamilan. Talidomida yang digunakan untuk merawat mabuk kehamilan pada akhir tahun 1950-an dan awal 1960-an telah menyebabkan kecacatan kelahiran. Tragedi ini membuatkan doktor lebih berhati-hati atau tidak mahu mempreskripsikan ubat dan syarikat perubatan tidak mahu memasarkan apa-apa kepada wanita hamil. Kesannya ialah sehingga kini, tiada ubat yang diluluskan khas untuk digunakan semasa kehamilan.

Tetapi kesan talidomida telah menyebabkan ubat yang digunakan semasa kehamilan terpaksa menjalani ujian yang sangat ketat. Ubat piridoksina (vitamin B) dan antihistamina boleh membantu wanita yang mengalami mabuk kehamilan dan mempunyai jejak rekod keselamatan yang cemerlang dalam kehamilan. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya.

Antihistamina atau penghalang H1

Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa antihistamina – ubat yang menghalang pengeluaran histamina semasa reaksi alahan – boleh membantu melegakan loya dan muntah semasa kehamilan. Antihistamina selalunya menyebabkan pening dan lebih baik diambil pada waktu malam.

Sebagai contoh, di UK, ubat yang selalu dipreskripsikan untuk mabuk kehamilan adalah Promethazine (jenama Avomine) dan Cyclizine (jenama Valoid).

Vitamin B6 (piridoksina)

Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari. Sesetengah pil yang boleh dibeli di kaunter adalah lebih kuat daripada ini dan kajian tidak melihat pada keselamatan atau keberkesanan dos yang lebih tinggi.

Multivitamin kehamilan berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa.

Kombinasi antihistamina dan vitamin B6

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kombinasi antihistamina dan vitamin B6 memberikan kesan yang lebih baik daripada diambil berasingan. Walaupun tidak terdapat kombinasi yang boleh didapati di Malaysia, anda boleh mengambilnya berasingan.

Seperti biasa, anda perlu selalu berbincang dengan pakar obstretik anda sebelum memulakan sebarang bentuk rawatan.

Fenotiazina dan ubat yang berkaitan

Jika anda mengalami muntah yang teruk anda mungkin dipreskripsikan dengan prochloreparazine (stemetil) atau metoclopramide (maxolon) jika antihistamina tidak berkesan. Ubat-ubatan ini memang berkesan tetapi bukti keselamatannya kurang kukuh daripada antihistamina. Ia boleh membawa kesan sampingan termasuk pergerakan yang tak terkawal.

Kortikosteroid

Ubat ini (seperti deksametason) mungkin dipreskripsikan selepas minggu ke-12 kehamilan sebagai jalan terakhir bagi wanita yang mengalami hiperemesis yang tidak memberi respons kepada rawatan yang lain.

Sumber: babycenter

Monday, August 12, 2013

10 Perkara Mempercepatkan Kehamilan

1. Ambil makanan seimbang
Benih yang baik akan menghasilkan hasil yang baik. Begitu juga dengan rahim yang boleh dianggap sebagai ‘rumah’ janin. Keadaan rahim itu perlu dipelihara secara optimum. Oleh itu, banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong untuk melancarkan metabolisme dalam tubuh anda. Apabila perlu, ambil vitamin tambahan seperti asid folik setiap hari selama tiga ke empat bulan sebelum hamil. Langkah sebegini akan mengurangkan risiko janin menderita gangguan saraf seperti spina bifida (sumbing tulang belakang). Pola makanan yang sihat dan mempunyai gisi yang seimbang ini juga membantu anda mengawal berat badan dalam kiraan yang normal.

2. Tinggalkan kebiasaan buruk
Tubuh perlu bebas dari bahan kimia yang mengganggu proses persenyawaan sel telur dan sel sperma. Jadi rook dan minuman beralkohol perlu ditinggalkan. Merokok juga membuktikan dapat meningkatkan risiko keguguran.

3. Awasi suami anda
Tubuh yang sihat bukan semata-mata kepada wanita malah suami juga perlu berada dalam keadaan sihat. Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti sel-sel sprema, bakal ayah sebaik-baiknya hindari memakai seluar dalam yang ketat  dan dihasilkan dari bahan sintesis, mengurangkan minuman kafien seperti kopi malah berhenti merokok.

4. Teruslah bergerak
Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui jenis senaman yang sesuai untuk anda dan suami. Terutama senaman yang bukan sahaja membuat tubuh badan sihat malah memelihara kestabilan badan. Pengawalan berat badan adalah perlu  kerana berat badan yang berlebihan akan meyebabkan hormone estrogen berlebihan sehingga sukar wanita mahu hamil. Manakala senaman boleh membantu lelaki menghasilkan kualiti dan jumlah sperma yang baik.

5. Sinaran matahari juga membantu
Vitamin D yang mencukupi di dalam tubuh turut mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki yang mempunyai kadar vitamin D di bawah paras normal terbukti mampu meningkatkan kadar Homocycteine di dalam darah (iaitu sejenis asid amino) lalu mengganggu proses pembentukkan sel-sel baru termasuk sperma. Selain mengambil makanan yang kaya vitamin D, kaedah berjemur di bawah mentari padi selama 20 minit juga boleh membantu.

6. Jangkitan kuman
Penyakit jangkitan kuman seperti toksoplasma dan jangkitan pada alat sulit yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Sebaiknya, lakukan pemeriksaan berkala untuk mengetahui sama ada menghidapnya atau tidak. Terutamanya bagi wanita yang belum lagi disahkan hamil selepas setahun mendirikan rumahtangga. Boleh mendapatan pandangan doktor  untuk memilih vitamin yang perlu diambil untuk meningkatkan peluang kehamilan.

7. Periksa waktu subur
Proses persenyawaan terjadi pada waktu dan keadaan yang tepat. Hubungan intim perlu dilakukan ketika wanita dalam keadaan subur. Ada banyak cara untuk mengira waktu subur. Memandangkan bulan semua wanita mempunyai kitaran haid yang teratur sebaliknya pengiraan kesuburan perlu dilakukan dengan pelbagai cara. Misalnya menerusi kalendar  atau guna alat pengesan lesuburan yang ada dijual dipasaran.

8. Bersama sebelum waktu subur
Sel-sel sprema yang disenyawakan ke sel-sel telur yang telah matang akan menghasilkan janin. Oleh itu, hubungan intim yang dilakukan dengan tepat iaitu sebelum atau menjelang waktu subur memberi kemungkinan besar sel-sel telur matang untuk disenyawakan. Hal ini kerana, sel-sel telur yang tidak disenyawakan dalam tempoh 24 jam akan keluar sebagai darah haid.

9. Posisi yang tepat
Pilih posisi saat hubungan intim yang membolehkan sel-sel sprema bercantum dengan sel-sel telur untuk disenyawakan. Posisi si isteri di bawah dan suami di atas adalah pilihan yang tepat. Apabila perlu letakkan bantal di bawah pinggul untuk memudahkan anda bertahan posisi tersebut sekurang-kurangnya 30 minit. Selama bersama jangan terus bangun sebaiknya tunggu sehingga semuanya selesai.

10. Tiga kali seminggu
Kadangkala lelaki memerlukan tempoh tiga hari sebelum tubuhnya menghasilkan sel-sel sperma dalam jumlah yang optimum untuk melakukan pensenyawaan. Oleh sebab itu, hubungan intim tidak perlu dilakukan setiap hari. Ia akan melemahkan sel-sel sperma yang dihasilkan. Sebenarnya, hubungan intim sebanyak tiga kali seminggu sudah mencukupi. Nikmatilah dan teruslah bersantai. Obsess mahu hamil sebenarnya membuatkan keadaan diri lebih tertekan dan mengganggu keseimbangan hormon. Keadaan sebegitulah yang menyebabkan proses kehamilan sukar terjadi.

sumber: majalah wanita

Sunday, August 4, 2013

Pemeriksaan Antenatal

Bagi ibu yang baru pertama kali hamil.. pemeriksaan antenatal merupakan perkara yang remeh.. perlu ke klinik setiap bulan perlu beratur dan menunggu giliran jika di klinik kerajaan kerana ramai orang... namun jika difikirkan kepentingan pemeriksaan ini untuk memastikan kandunganberada dalam keadaan selamat itu semua mudah dilalui..

Di sini saya ingin kongsikan mengapa kita perlukan pemeriksaan antenatal ini...

1. Ketinggian
Ketinggian ibu hamil diambil ketika lawatan pertama, kerana ketinggian dapat menentukan gambaran awal saiz pelvik. Pelvik yang kecil kadangkala bermakna kelahiran yang sukar semasa proses kelahiran memerlukan kaedah pembedahan. Jika ketinggian 152 cm (5 kaki) ibu hamil tidak mempunyai sebarang masalah semasa proses kelahiran kecuali bayi yang dikandung bersaiz besar luar biasa.

2. Berat Badan
Setiap kali datang ke klinik, berat badan ibu akan diambil untuk memantau perubahan berat badan untuk mengetahui keadaan bayi yang dikandung. Penurunan berat badan semasa 3 bulan pertama kehamilan adalah perkara biasa disebabkan alahan yang teruk. kekurangan berat badan merupakan tanda bayi yang dikandung tidak mendapat zatmakanan atau nutrien yang cukup. Sebaliknya jika berlaku peningkatan berat yang mendadak, itu merupakan tanda-tanda awal akan mengalami tekanan darah tinggi.
Berat badan normal untuk ibu hamil akan bertambah sebanyak 11 kg hingga 16 kg sepanjang tempoh kehamilan.

3. Urin
Pemeriksaan urin juga diperlukan bagi mengesan pelbagai penyakit berkemungkinan jika terdapat gula, protein, nanah, darah dan sebaginya. Keputusan dari ujian itu sekiranya menunjukkan kandungan gula menunjukkan ibu menghidap penyakit kencing manis. Jika ada kesan protien dalan urin menunjukkan keadaan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

4. Pemeriksaan Abdomen
Pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim (fundus). Keadaan ini juga menggambarkan tentang kadar pertumbuhan bayi. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi akan berpusing dalam arah yang betuliaitu didahului dengan kepala supaya ia turun ke dalam ruang pelvik.


5. Tekanan Darah
Tekanan darah sewaktu hamil adalah rendah dan pemantauan hendaklah dibuat bagi memastikan tiada kenaikan mendadak supaya ia boleh dikawal bagi mengelakkan masalah pra-eklampsia (tekanan daraj tinggi). Tekanan darah tinggi akan memeberikan kesan buruk kepada kandungan. Tekanan darah normal adalah 120/70 jika ia lebih 140/90 ia akan diber perhatian.

6. Ujian Darah
Ujian darah kali pertama akan diambil untuk menentukan jenis kumpulan darah dan darah rhesus ibu hamil. Selain itu juga, ujian ke atas penyakit seks berjangkit seperti HIV, siflis, hepatitis B dan lain-lain akan dibuat dan sekiranya ada, rawatan akan dibuat sebelum mingg ke-20 kehamilan. Selain itu juga, ujian darah juga memastikan kekebalan terhadap rubela yang boleh menyebabkan kecacatan bayi.

sumber: majalah pa&ma

Saturday, August 3, 2013

Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)

Anda pernah rasa tak selesa selepas mengambil suplemen... pernah cirit-birit... atau badan rasa berat je mengantuk... atau muka tumbuh jerawat atau badan rasa gatal bila ambil mana suplemen..... sebenarnya ia adalah normal yang dipanggil krisis penyembuhan atau healing crisis .....

Sesetengah orang akan melalui satu jangka masa penyesuaian apabila mengambil diet suplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapaun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh badan kita untuk jangkamasa yang lama selain itu, sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah pula dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur,   atau pengambilan ubat-ubatan bagi tempoh yang lama. Semasa pengambilan suplemen ini, ia membantu memepertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detokfikasi serta mengawal dan menjalankan fungsi organ-organ kita dengan baik.

Pada proses detokfikasi ini ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, urin keroh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza-beza antara individu dan akan berlaku 1 hingga 2 minggu.

Sepanjang masa krisis pemulihan, anda perlukah minum air bersih yang banyak, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Mengambilan suplemen perlu berterusan bagi mendapatkan manfaat daripadanya.

sumber:Dr. Mary Ruth Swope, Columbia University