Mabuk atau alahan hamil merupakan proses normal yang perlu dihadapi semasa hamil..Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi,
sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan
dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.
Mabuk kehamilan boleh menjejaskan diri dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Mungkin kita tidak memberitahu sesiapa bahawa kita hamil tetapi ia amat sukar untuk merahsiakannya kerana ia tidak dapat disembunyikan. Sebenarnya kita perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan kita untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?
Adalah
amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab
rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda
perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan
kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli profesional hanya
akan menghiraukan muntah yang teruk,
sebab ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda,
dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.
Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara.
Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrien. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.

Cara untuk mengurangkan simpton alahan ini..
Sudah
pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang
membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau
sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
- Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
- Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
- Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
- Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.
- Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
- Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.
- Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.
- Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.
- Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
- Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
- Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.
Apakah rawatan perubatan yang boleh didapati?
Bagi
kebanyakan wanita, perubatan adalah langkah terakhir selepas semua
perkara telah dilakukan dan gagal untuk membantu. Ramai wanita enggan
untuk mengambil ubat semasa kehamilan dan anda mungkin tidak mahu
menjalankan sebarang rawatan perubatan untuk mabuk kehamilan sebab risau
ia akan membahayakan bayi anda.
Tetapi terdapat perubatan yang selamat dan efektif bagi mabuk kehamilan yang boleh digunakan bersama dengan pendekatan tanpa ubatan yang dicadangkan di atas. Anda boleh berhenti mengambil ubat-ubatan ini pada minggu ke-12 hingga 14 kehamilan apabila mabuk kehamilan anda sudah berkurangan.
Terdapat sebab sejarah kenapa anda tidak pernah dengar atau diberikan sebarang ubat, walaupun untuk mabuk kehamilan. Talidomida yang digunakan untuk merawat mabuk kehamilan pada akhir tahun 1950-an dan awal 1960-an telah menyebabkan kecacatan kelahiran. Tragedi ini membuatkan doktor lebih berhati-hati atau tidak mahu mempreskripsikan ubat dan syarikat perubatan tidak mahu memasarkan apa-apa kepada wanita hamil. Kesannya ialah sehingga kini, tiada ubat yang diluluskan khas untuk digunakan semasa kehamilan.
Tetapi kesan talidomida telah menyebabkan ubat yang digunakan semasa kehamilan terpaksa menjalani ujian yang sangat ketat. Ubat piridoksina (vitamin B) dan antihistamina boleh membantu wanita yang mengalami mabuk kehamilan dan mempunyai jejak rekod keselamatan yang cemerlang dalam kehamilan. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya.

Antihistamina atau penghalang H1
Terdapat
banyak bukti menunjukkan bahawa antihistamina – ubat yang menghalang
pengeluaran histamina semasa reaksi alahan – boleh membantu melegakan
loya dan muntah semasa kehamilan. Antihistamina selalunya menyebabkan
pening dan lebih baik diambil pada waktu malam.
Sebagai contoh, di UK, ubat yang selalu dipreskripsikan untuk mabuk kehamilan adalah Promethazine (jenama Avomine) dan Cyclizine (jenama Valoid).
Sebagai contoh, di UK, ubat yang selalu dipreskripsikan untuk mabuk kehamilan adalah Promethazine (jenama Avomine) dan Cyclizine (jenama Valoid).
Vitamin B6 (piridoksina)
Wanita
yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6
yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh
membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia
boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli
obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg
piridoksina, tiga atau empat kali sehari. Sesetengah pil yang boleh
dibeli di kaunter adalah lebih kuat daripada ini dan kajian tidak
melihat pada keselamatan atau keberkesanan dos yang lebih tinggi.
Multivitamin kehamilan berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa.

Kombinasi antihistamina dan vitamin B6
Beberapa
kajian menunjukkan bahawa kombinasi antihistamina dan vitamin B6
memberikan kesan yang lebih baik daripada diambil berasingan. Walaupun
tidak terdapat kombinasi yang boleh didapati di Malaysia, anda boleh
mengambilnya berasingan.
Seperti biasa, anda perlu selalu berbincang dengan pakar obstretik anda sebelum memulakan sebarang bentuk rawatan.
Seperti biasa, anda perlu selalu berbincang dengan pakar obstretik anda sebelum memulakan sebarang bentuk rawatan.
Fenotiazina dan ubat yang berkaitan
Jika anda mengalami muntah yang teruk
anda mungkin dipreskripsikan dengan prochloreparazine (stemetil) atau
metoclopramide (maxolon) jika antihistamina tidak berkesan. Ubat-ubatan
ini memang berkesan tetapi bukti keselamatannya kurang kukuh daripada
antihistamina. Ia boleh membawa kesan sampingan termasuk pergerakan yang
tak terkawal.
Kortikosteroid
Ubat ini (seperti
deksametason) mungkin dipreskripsikan selepas minggu ke-12 kehamilan
sebagai jalan terakhir bagi wanita yang mengalami hiperemesis yang tidak memberi respons kepada rawatan yang lain.
No comments:
Post a Comment