1. Ambil makanan seimbang
Benih yang baik akan menghasilkan hasil
yang baik. Begitu juga dengan rahim yang boleh dianggap sebagai ‘rumah’ janin. Keadaan
rahim itu perlu dipelihara secara optimum. Oleh itu, banyakkan pengambilan
sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong untuk melancarkan metabolisme dalam
tubuh anda. Apabila perlu, ambil vitamin tambahan seperti asid folik setiap
hari selama tiga ke empat bulan sebelum hamil. Langkah sebegini akan mengurangkan
risiko janin menderita gangguan saraf seperti spina bifida (sumbing tulang
belakang). Pola makanan yang sihat dan mempunyai gisi yang seimbang ini juga membantu
anda mengawal berat badan dalam kiraan yang normal.
2. Tinggalkan kebiasaan buruk
Tubuh perlu bebas dari bahan kimia yang
mengganggu proses persenyawaan sel telur dan sel sperma. Jadi rook dan minuman
beralkohol perlu ditinggalkan. Merokok juga membuktikan dapat meningkatkan
risiko keguguran.
3. Awasi suami anda
Tubuh yang sihat bukan semata-mata kepada
wanita malah suami juga perlu berada dalam keadaan sihat. Bagi meningkatkan
kualiti dan kuantiti sel-sel sprema, bakal ayah sebaik-baiknya hindari memakai
seluar dalam yang ketat dan dihasilkan
dari bahan sintesis, mengurangkan minuman kafien seperti kopi malah berhenti
merokok.
4. Teruslah bergerak
Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui
jenis senaman yang sesuai untuk anda dan suami. Terutama senaman yang bukan
sahaja membuat tubuh badan sihat malah memelihara kestabilan badan. Pengawalan berat
badan adalah perlu kerana berat badan
yang berlebihan akan meyebabkan hormone estrogen berlebihan sehingga sukar
wanita mahu hamil. Manakala senaman boleh membantu lelaki menghasilkan kualiti
dan jumlah sperma yang baik.
5. Sinaran matahari juga membantu
Vitamin D yang mencukupi di dalam tubuh
turut mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki yang mempunyai
kadar vitamin D di bawah paras normal terbukti mampu meningkatkan kadar
Homocycteine di dalam darah (iaitu sejenis asid amino) lalu mengganggu proses
pembentukkan sel-sel baru termasuk sperma. Selain mengambil makanan yang kaya vitamin
D, kaedah berjemur di bawah mentari padi selama 20 minit juga boleh membantu.
6. Jangkitan kuman
Penyakit jangkitan kuman seperti
toksoplasma dan jangkitan pada alat sulit yang tidak dirawat juga boleh
menyebabkan kesukaran untuk hamil. Sebaiknya, lakukan pemeriksaan berkala untuk
mengetahui sama ada menghidapnya atau tidak. Terutamanya bagi wanita yang belum
lagi disahkan hamil selepas setahun mendirikan rumahtangga. Boleh mendapatan
pandangan doktor untuk memilih vitamin
yang perlu diambil untuk meningkatkan peluang kehamilan.
7. Periksa waktu subur
Proses persenyawaan terjadi pada waktu dan
keadaan yang tepat. Hubungan intim perlu dilakukan ketika wanita dalam keadaan
subur. Ada banyak cara untuk mengira waktu subur. Memandangkan bulan semua
wanita mempunyai kitaran haid yang teratur sebaliknya pengiraan kesuburan perlu
dilakukan dengan pelbagai cara. Misalnya menerusi kalendar atau guna alat pengesan lesuburan yang ada
dijual dipasaran.
8. Bersama sebelum waktu subur
Sel-sel sprema yang disenyawakan ke sel-sel
telur yang telah matang akan menghasilkan janin. Oleh itu, hubungan intim yang
dilakukan dengan tepat iaitu sebelum atau menjelang waktu subur memberi
kemungkinan besar sel-sel telur matang untuk disenyawakan. Hal ini kerana, sel-sel
telur yang tidak disenyawakan dalam tempoh 24 jam akan keluar sebagai darah
haid.
9. Posisi yang tepat
Pilih posisi saat hubungan intim yang
membolehkan sel-sel sprema bercantum dengan sel-sel telur untuk disenyawakan. Posisi
si isteri di bawah dan suami di atas adalah pilihan yang tepat. Apabila perlu
letakkan bantal di bawah pinggul untuk memudahkan anda bertahan posisi tersebut
sekurang-kurangnya 30 minit. Selama bersama jangan terus bangun sebaiknya tunggu
sehingga semuanya selesai.
10. Tiga
kali seminggu
Kadangkala lelaki memerlukan tempoh tiga hari
sebelum tubuhnya menghasilkan sel-sel sperma dalam jumlah yang optimum untuk
melakukan pensenyawaan. Oleh sebab itu, hubungan intim tidak perlu dilakukan
setiap hari. Ia akan melemahkan sel-sel sperma yang dihasilkan. Sebenarnya,
hubungan intim sebanyak tiga kali seminggu sudah mencukupi. Nikmatilah dan
teruslah bersantai. Obsess mahu hamil sebenarnya membuatkan keadaan diri lebih
tertekan dan mengganggu keseimbangan hormon. Keadaan sebegitulah yang
menyebabkan proses kehamilan sukar terjadi.
sumber: majalah wanita
sumber: majalah wanita
No comments:
Post a Comment