Sunday, August 4, 2013

Pemeriksaan Antenatal

Bagi ibu yang baru pertama kali hamil.. pemeriksaan antenatal merupakan perkara yang remeh.. perlu ke klinik setiap bulan perlu beratur dan menunggu giliran jika di klinik kerajaan kerana ramai orang... namun jika difikirkan kepentingan pemeriksaan ini untuk memastikan kandunganberada dalam keadaan selamat itu semua mudah dilalui..

Di sini saya ingin kongsikan mengapa kita perlukan pemeriksaan antenatal ini...

1. Ketinggian
Ketinggian ibu hamil diambil ketika lawatan pertama, kerana ketinggian dapat menentukan gambaran awal saiz pelvik. Pelvik yang kecil kadangkala bermakna kelahiran yang sukar semasa proses kelahiran memerlukan kaedah pembedahan. Jika ketinggian 152 cm (5 kaki) ibu hamil tidak mempunyai sebarang masalah semasa proses kelahiran kecuali bayi yang dikandung bersaiz besar luar biasa.

2. Berat Badan
Setiap kali datang ke klinik, berat badan ibu akan diambil untuk memantau perubahan berat badan untuk mengetahui keadaan bayi yang dikandung. Penurunan berat badan semasa 3 bulan pertama kehamilan adalah perkara biasa disebabkan alahan yang teruk. kekurangan berat badan merupakan tanda bayi yang dikandung tidak mendapat zatmakanan atau nutrien yang cukup. Sebaliknya jika berlaku peningkatan berat yang mendadak, itu merupakan tanda-tanda awal akan mengalami tekanan darah tinggi.
Berat badan normal untuk ibu hamil akan bertambah sebanyak 11 kg hingga 16 kg sepanjang tempoh kehamilan.

3. Urin
Pemeriksaan urin juga diperlukan bagi mengesan pelbagai penyakit berkemungkinan jika terdapat gula, protein, nanah, darah dan sebaginya. Keputusan dari ujian itu sekiranya menunjukkan kandungan gula menunjukkan ibu menghidap penyakit kencing manis. Jika ada kesan protien dalan urin menunjukkan keadaan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

4. Pemeriksaan Abdomen
Pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim (fundus). Keadaan ini juga menggambarkan tentang kadar pertumbuhan bayi. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi akan berpusing dalam arah yang betuliaitu didahului dengan kepala supaya ia turun ke dalam ruang pelvik.


5. Tekanan Darah
Tekanan darah sewaktu hamil adalah rendah dan pemantauan hendaklah dibuat bagi memastikan tiada kenaikan mendadak supaya ia boleh dikawal bagi mengelakkan masalah pra-eklampsia (tekanan daraj tinggi). Tekanan darah tinggi akan memeberikan kesan buruk kepada kandungan. Tekanan darah normal adalah 120/70 jika ia lebih 140/90 ia akan diber perhatian.

6. Ujian Darah
Ujian darah kali pertama akan diambil untuk menentukan jenis kumpulan darah dan darah rhesus ibu hamil. Selain itu juga, ujian ke atas penyakit seks berjangkit seperti HIV, siflis, hepatitis B dan lain-lain akan dibuat dan sekiranya ada, rawatan akan dibuat sebelum mingg ke-20 kehamilan. Selain itu juga, ujian darah juga memastikan kekebalan terhadap rubela yang boleh menyebabkan kecacatan bayi.

sumber: majalah pa&ma

No comments:

Post a Comment