Thursday, November 14, 2013

Hantar anak pengasuh atau taska?

Hari ni tergerak nak berkongsi cerita tentang penjaga anak bila kita keluar bekerja.. sama ada pengasuh atau taska mana lebih baik.. 
sesetengah orang melilih pengasuh sebab pengasuh tu boleh beri sepenuh perhatian kepada anak kita.. tapi tak juga kalau pengasuh tu jaga 6, 7 orang baby macam mane...
kalau hantar nursery pulak.. confirm la.. ramai budak yang mereka jaga.. tapi ade juga yang berpendapat taska lagi baik sebab diaorg terlatih dengan budak2.. lagi satu bagi yang 2 3 tahun tu kadang2 da di ajar ABC.. tapi kalau ngan pengasuh tak de la.. main je...
Bagi saya... saya bersyukur sangat... anak-anak saya dijaga oleh pengasuh dari baby lagi.. ini mungkin rezki saya ... sebab ada orang kata.. meletakkan anak kepada orang lain merupakan satu pertaruhan... 
sekarang si kakak da 4 tahun  baru hantar tadika terus daycare sampai petang..  Alhamdulillah... setakat ni takde apa yang berlaku.. pengasuh saya jaga anak-anak saya dengan baik kadang2 mereka lebih manja dengan pengasuh berbanding kami...
Tu la.. selepas tengok video penderaan kanak-kanak kat taska tu sedih sangat.. tapi kita pun kena prihatin.. tengok perubahan anak-anak kita.. tengok badan2 dia kot2 ade lebam  ke.. dengan pengasuh dengan taska pun kita kena berbaik.. jangan la fussy sangat... memang la diorng tak dapat nak jaga anak kita macam kita jaga.. walaupun kita da bayar.. yang penting ada orang nak tengok2 anak kita bila kita kerja...
paling penting kepada Allah jugak la kita minta agar anak2 kita dilindungi...






Monday, November 11, 2013

Panduan Penyusuan bagi Ibu Baru dan Bekerjaya

Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1. Pam susu

Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.
- saya guna pam manual Avent masa beli tahun 2009.. sampai sekarang Alhamdulillah masih berfungsi.. teringin gak nak guna yang freestyle.. tapi dok berkira2 sampai anak da besar da huhuhu..

2. Plastik atau botol penyimpan susu

Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.
-saya kalau sekali pam lebih 5 oz mmg masuk plastik senang nak susun dalam fridge.. kalau kurang daripada tu masuk dalam botol.. senang nak bawak g rumah pengasuh...

3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.
- beg penyejuk ni wajib dalamnya ade 3 ketul ice pack.. ble tahan la 8 ke 10 jam.. 

 

4. Coli menyusu

Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.
- yang ni saya ade tapi tak banyak la.. bagi saya sama je dengan yang biasa huhuhu...

5. Pemanas susu ibu

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.
- pemanas ni saya beli.. tapi letak kat rumah pengasuh... senang dia nak panaskan EBM...

Selepas anda menyediakan semua peralatan di atas, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

Menyediakan susu perahan

Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.

Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.

Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan.
-Nak berkongsi pasal buat stok... masa anak no 2 Alhamdulillah.. saya dapat buat stok kira2 ble bertahan seminggu la.. tapi anak no 2.. tak de stok.. ada sebab gak.. masa dalam pantang ade gak simpan stok... tuk 2 3 hari... tapi dengan kuasa Allah blackout pula kat rumah masa tu kat kampung... habis semua cair... sedih.. nak buat macam mane tak de rezki.. sejak tu.. simpan tu stok esok je kat rumah pengasuh..

Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja

Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.

Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar. Pam susu yang ri­ngan dan fleksibel memudahkan anda mengepam walau di mana saja sama ada di dalam kereta atau ketika anda terpaksa berhenti di mana-mana untuk mengepam susu.
- yang ni memang kena buat 3 kali... saya buat kadang2 sampai 4 kali.. 7.30pg, 10.30, 1.30ptg, 4.30ptg.. walaupun kadang2 pam tak sampai 1 oz pun tetap saya simpan..

Simpan susu di dalam beg penyejuk

Susu perahan serta peralatan mengepam boleh disimpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.


Makan dan minum dengan sihat

Ibu menyusu perlu me­ngamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau), air jus oren (jingga) dan telur (kuning).

Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh memba­nyakkan susu ibu dan tidak memberikan kesan sampi­ngan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.

Selain itu, sayur seperti lobak putih dan sawi dipercayai boleh membanyakkan susu ibu dan elok diambil oleh ibu menyusu.
- ha.. ni yang paling penting makan makanan seimbang... dan kalau nak mudah ambil Set Penyusuan Shaklee.. Inn sha Allah... sebab saya sendiri rasa perbezaannya sebelum ambil suplemen dengan tak ambil memang berbeza.. itu saja.. semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menyusukan anak anda...


Saturday, November 9, 2013

Susu Ibu vs Susu Formula..

Sejak dua menjak ni... ramai kawan2 saya beranak kecik... Alhamdulillah bertambah umat Nabi Muhammad.. tapi yang tak bestnye... kecik2 da bagi susu formula.. sedih tengok.. bukan nak cakap besar atau riak.. yang kita boleh menyusukan anak tapi... ntah la.. anti betul kalau bayi bawah 6 bulan ni da dibagi susu formula...


bagi saya sekarang ni da tak de alasan tak nak menyusukan sebab.. ilmu berkaitan penyusuan ni da banyak da.. kelengkapan pun banyak da.. berbagai2 jenis ... antara nak tak nak je.. yang penting niat kita.. kalau kita nak menyusukan mesti boleh.. kalau tak nak bersusah2.. nak senang je.. memang susu formula la jawabnye.. lagi pun banyak kebaikannya..ble baca sini

Kadang2 sedih dengar alasan mereka yang tak menyusukan.. susu tak de la.. anak tak kenyang la.. asyik nangis je.. malas bangun malam.. tak pe la.. bagi saya satu kerugian bagi mereka yang tak menyusukan.. betapa nikmatnye hanya mereka yang merasainya saja... tapi ingatkan.. menyusukan ni antar amalan yang disebut dalam Al-quran.. maknanya arahan Allah.. 

Syukur sangat saya masih menyusukan anak saya secara eklusif sekarang da nak masuk 10 bulan.. semoga dapat teruskan sampai 2 tahun... amin..


Friday, November 8, 2013

Kenapa Shaklee?

Nama Shaklee memang da ramai yang kenal dan bertahun da di dalam pasaran... sejak dari zaman sekolah lagi... 
cuma sekarang dia glamour semula sebab ramai orang buat bisnes dengan Shaklee...
 sebab sistem MLM dia lain dari yg lain... kalau tak berusaha jangan harap nak dapat lebih huhu...
Dari segi keberkesanan pulak sudah tentu la berkesan.. kalau tak tak kan sampai sekarang org masih menggunakan nya.

Berikut... sebab2 kenapa perlu pilih Shaklee. ..

Thursday, November 7, 2013

Testimoni Vivix

Bulan ni ada offer Vivix... beli 6 percuma 1 yang sangat2 berbaloi...
 kat sini saya sharekan beberapa testimoni yang pernah mengambil Vivix ni... terima kasih kepada yang sudi berkongsi pengalaman... perkara yang baik elok kita kongsi bersama...
Daripada pemerhatian saya.. Vivix ni amat sesuai kepada mereka yang ada diabetis atau kencing manis...  
Ia baik juga untuk pertumbuhan sel2 baru... sangat digalakkan untuk diberi kepada kedua ibubapa kita supaya mereka sihat dapat menjalani ibadah sengan sempurna...

Berikut adalah antara testimoni2 pengguna Vivic Shaklee:







Kalau nak cuba atau nak tips boleh hubungi saya, Jana 012-6349775 @ emel Jana.Lan81@gmail.com..



Anak Mencerminkan Ibubapa

Hari ni nak cerita tentang topik anak pulak.. Anak da 3 orang ni macam2 perangai ade.. 
Tapi kalau renungkan satu2 sebenarnya perangai anak2 kita ni adalah perangai kita masa kita kecik dulu...
pepatah ada berkata.. anak kita adalah masa silam kita.. ibubapa kita adalah masa depan kita..
Anak saya yang sulong Nur Aqilah Huda Zailanid.. Lahir  bulan Januari 5 hari bulan tahun 2009.. sekarang da 4 tahun lebih da...
Qilah masa umur 2 tahun..

Lagi besar lagi macam2 karenah.. da pandai cakap lagilah ade je benda yang disoal..
Satu perangai dia sekarang ni adalah kuat merajuk... pantang salah cakap sikit..
"kakak, tak nak kawan mama"..." kakak kawan ayah je.."..
selagi tak dipujuk selagi tulah masam muka.. taknak cakap la.. ape lah...
bile direnung2.. ni macam perangai saya je.. huhuhu.. sebab saya suka merajuk gak ngan ayah dia huhu..
kadang tak jadi nak marah dia sebab saya pun mcm tu..

Qilah sekarang da 4 tahun da..
 jadi kalau kita rasa anak kita degil ke.. mengamuk je ke.. tak dengar kata ke... semak dulu diri kita.. mesti kita macam tu.. tak pun tanye mak ayah kita dulu masa kita kecik2 macam mane.. mesii ada persamaan....
Jadi bersabar lah.. dengan karenah anak2 ni..  Macam manae mak ayah kita sabar dengan kita macam tu la kita kena sabar..
Sama2 kita menjadi ibubapa yang baik :-)




Wednesday, November 6, 2013

Suplemen Saya


Hari ni saya nak berkongsi suplemen yang saya ambil sejak setahun dulu... first time makan #Shaklee ni masa menyusukan anak no 2... susu drop.. search kat google..  banyak yang keluar pasal set penyusuan Shaklee ni.. akhirnya beli dengan sorang SID ni.. Alhamdulillah.. susu banyak semula..

Lepas tu masa pregnant, hb rendah pulak.. try la tanya SID saya tu... dia cadangkan B-Complex, Vitalea ngan Vit C... Alhamdulillah.. ok.. semua dari Allah yang penting kita usaha...

Sampai la bersalin, berpantang dan sekarang menyusukan anak no 3.. saya dengan Shaklee... Sekarang saya consume seperti kat gambar tu... tak ble miss pun... memang boleh rasa kalau kita tertinggal makan...
Alhamdulillah.. saya boleh uruskan rumah tangga saya dengan anak 3 orang.. keluar rumah seawal kul 6 pagi... masih fully breast feed... syukur sangat... dan bonusnya saya dapat berat badan saya sebelum mengandung dan kecik sikit dari saya anak dara huhuhu...

Kalau nak cuba atau nak tanya ape2 boleh hubungi saya Jana 012-6349775 atau emel Jana.Lan81@gmail.com.




Tuesday, November 5, 2013

Garlic Complex



Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Digunakan turun temurun sebagai bahan masakan seluruh dunia. Memakan bawang putih / garlic segar dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit seperti selesema. Bawang putih / garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Dari sinilah asal bau garlic.

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.  Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

APA PERBEZAAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE?
Dibuat daripada baang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpahaba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.
2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.

MANFAAT UTAMA :
  1. Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis
  4. Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
  5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  6. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  7. Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.

CADANGAN PENGAMBILAN 

Kesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.
Untuk radang dan alergi : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.
Harga sebotol  RM 47.50 kandungan 60 biji.


Untuk mencuba atau mendapatkan lebih tips boleh hubungi Jana 012-6349775 @ Jana.Lan81@gmail.com


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Monday, November 4, 2013

Lecithin


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bila daripada kolesterol. Bila amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Cara Pengambilan
3 hingga 6 biji sehari. Harga sebotol RM52.50   kandungan 180 biji boleh tahan sebulan. Amat berbaloi untuk untuk pengambilan secara konsisten

Untuk mencuba atau mendapatkan lebih tips boleh hubungi Jana 012-6349775 @ Jana.Lan81@gmail.com


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Meal Shakes


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu yang mudah diserap oleh tubuh .

Sumber:
Buah, sayuran, soya, lactalbumin( sejenis susu) & lain2.Lactalbumin adalah bahan terbaik & mengandungi organisma protin yg sgt berkualiti & mudah diserap tubuh dr peringkat baby ke org dewasa.Lactalbumin biasanya mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.Ia boleh di bancuh dengan apa-apa sahaja hidangan, Mengandungi 24 vitamin utama dan mineral tambahan rasanya juga sungguh enak. Meal Shake merupakan makanan segera yang rendah lemah dan rendah glycemic. Sesuai di ambil sebagai sarapan pagi kerana ianya penuh khasiat .


Keistimewaan Meal shake :
-Mempunyai 24 jenis vitamin , mineral dan zat yang diperlukan
-Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh dan membantu membina sel-sel tubuh serta bantu penyerapan vitamin & mineral oleh tubuh.
-Mengandungi asid folik, biotin,kalsium, dan magnesium untuk membantu tumbesaran dan pembinaan tulang
-Mengandungi Vitamin A,C,E,zink dan selenium sebagai anti oksida utk lawan jangkitan & lambatkan aging
-Mengandungi Vitamin B , zat besi & copper untuk membina sel darah merah yang sihat serta beri kesan kompleksi kulit lebih sihat.
-Sebagai detoksifikasi untuk membantu membuang lemak yang berlebihan & sisa buangan dr perut & usus, bantu masalah sembelit.
-Lecitin soya utk bekerjasama dengan vitamin larut lemak
-Kaya dgn protin utk sel kulit, rambut, organ, imun.
-Tiada perasa dan pewarna tiruan, lazat dinikmati untuk semua golongan.

Siapa yang boleh mengambil Meal Shake?
Ibu hamil yang tiada selera makan/ morning sickness
Kanak-kanak yang meningkat dewasaAnak-anak yang tidak berselera untuk makan
Ibu bapa yang tiada selera makan dan tidak sukakan pil
Semua individu yang tidak sempat untuk mengambil sarapan di waktu pagi

Resepi: 2 sudu MS + ESP + PD Minum MS shjMS mix dgn favourite drinkMS blend dengan buah120 kalori setiap hidangan jika diambil mengikut sukatan pd canister.

Yang perlu berhati-hati makan/ kena test dulu boleh toleran atau tidak:-individu alergik susu lembu, soya



Penyakit #gout

Apakah Gout?
Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.


Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi
  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam

Supplemen yang dicadangkan
  1. Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
  2. OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
  3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
  4. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
  5. Vita-C - mampu mengurangkan 45% risiko gout, membantu buah pinggang menyingkir asid urik, perlu diselangi dengan pemgambilan air kosong yang cukup.
 
Kalau nak cuba atau nak tanya ape2 boleh hubungi saya, Jana 012-6349775 atau emel Jana.Lan81@gmail.com. Tak salah kita ihktiar cara lain kan.. Inn sha Allah...

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 

Sunday, November 3, 2013

Piala Malaysia 2013...

Tetiba rasa nak tulis pasal bola.. mula2 tak berapa minat bola sepak ni ye la.. bola sebiji di kejar ramai2.. tapi bila da kahwin ni... kena la minat nnt hubby g tengok kedai mamak lak...

tapi sejak kebelakangan ni sukan bola sepak kat Malaysia ni da ok da.. yelah.. liputan yang banyak... tambahan pula sejak ada Astro Arena memang banyak cerita pasal bola... sampai boleh kenal player... dulu mana ade.. setakat tahu pasukan negeri je..

Ahad, 3 Nov 2013... #piala malaysia.. final.. kelantan lawan pahang... penuh betul stadium... kagum ngan rakyat malaysia... mesti 90% orang melayu kan... kalau lah kat masjid ke majlis ilmu penuh macam tu kan bagus huhuhu... tapi saya tengok kat tv je la... hujan2 pun ramai tu...

Siapa menang? tak kisah pun sebab saya orang johor... nak lebih2 sokong JDT pun mostly player orang kelantan huhuhu... tapi sebenarnya saya kagum ngan pasukan kelantan ni... konsisten... nak2 penyokong yang setia...

K la.. mari kita tengok game ni.... sebab masa post entry ni... baru sepak mula.. selamat menonton...



 

Cadangan Pengambilan Vitamin Shaklee

Berikut adalah cadangan pengambilan vitamin Shaklee ni.. apa pun bergantung dengan keupayaan badan... penerimaan orang lain-lain... jadi perhatikan perubahan yang berlaku bila anda mengambil vitamin... yang paling penting... istiqamah... ambil secara berterusan... baru nampak dan rasa kesannya... dan yang paling penting minum air kosong secukupnya... paling kurang 3 liter sehari...

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.
CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C /Alfalfa/Lecithim
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Alfalfa/Vitamin E
Sebelum Tidur
Ostematrix(kalsium)/GLA
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius. Sebelum makan tengahari
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.