Monday, November 11, 2013

Panduan Penyusuan bagi Ibu Baru dan Bekerjaya

Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1. Pam susu

Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.
- saya guna pam manual Avent masa beli tahun 2009.. sampai sekarang Alhamdulillah masih berfungsi.. teringin gak nak guna yang freestyle.. tapi dok berkira2 sampai anak da besar da huhuhu..

2. Plastik atau botol penyimpan susu

Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.
-saya kalau sekali pam lebih 5 oz mmg masuk plastik senang nak susun dalam fridge.. kalau kurang daripada tu masuk dalam botol.. senang nak bawak g rumah pengasuh...

3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.
- beg penyejuk ni wajib dalamnya ade 3 ketul ice pack.. ble tahan la 8 ke 10 jam.. 

 

4. Coli menyusu

Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.
- yang ni saya ade tapi tak banyak la.. bagi saya sama je dengan yang biasa huhuhu...

5. Pemanas susu ibu

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.
- pemanas ni saya beli.. tapi letak kat rumah pengasuh... senang dia nak panaskan EBM...

Selepas anda menyediakan semua peralatan di atas, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

Menyediakan susu perahan

Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.

Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.

Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan.
-Nak berkongsi pasal buat stok... masa anak no 2 Alhamdulillah.. saya dapat buat stok kira2 ble bertahan seminggu la.. tapi anak no 2.. tak de stok.. ada sebab gak.. masa dalam pantang ade gak simpan stok... tuk 2 3 hari... tapi dengan kuasa Allah blackout pula kat rumah masa tu kat kampung... habis semua cair... sedih.. nak buat macam mane tak de rezki.. sejak tu.. simpan tu stok esok je kat rumah pengasuh..

Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja

Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.

Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar. Pam susu yang ri­ngan dan fleksibel memudahkan anda mengepam walau di mana saja sama ada di dalam kereta atau ketika anda terpaksa berhenti di mana-mana untuk mengepam susu.
- yang ni memang kena buat 3 kali... saya buat kadang2 sampai 4 kali.. 7.30pg, 10.30, 1.30ptg, 4.30ptg.. walaupun kadang2 pam tak sampai 1 oz pun tetap saya simpan..

Simpan susu di dalam beg penyejuk

Susu perahan serta peralatan mengepam boleh disimpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.


Makan dan minum dengan sihat

Ibu menyusu perlu me­ngamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau), air jus oren (jingga) dan telur (kuning).

Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh memba­nyakkan susu ibu dan tidak memberikan kesan sampi­ngan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.

Selain itu, sayur seperti lobak putih dan sawi dipercayai boleh membanyakkan susu ibu dan elok diambil oleh ibu menyusu.
- ha.. ni yang paling penting makan makanan seimbang... dan kalau nak mudah ambil Set Penyusuan Shaklee.. Inn sha Allah... sebab saya sendiri rasa perbezaannya sebelum ambil suplemen dengan tak ambil memang berbeza.. itu saja.. semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menyusukan anak anda...


No comments:

Post a Comment