Menjelang
usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi
sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan
kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust)
yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair
sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan
anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.
Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan sudu dan garfu. Sebenarnya, makanan pejal pertama bayi bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair kerana makan ialah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan.
Jadi apakah makanan yang sesuai sebagai permulaan? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi yang dimasak sendiri.
Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak sejuk. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Cara yang mudah ialah mencuit sedikit campuran bijirin dengan hujung jari dan suakan kepada bayi.
Jangan harapkan yang dia akan makan banyak pada satu-satu masa. Perut bayi yang kecil hanya dapat diisi sedikit sahaja, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang daripada susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan lagi.

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:
- buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
- sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.
Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek.
Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis
pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja.
sumber: www.babycenter.com.my
No comments:
Post a Comment